SYARIKAT yang memenangi tender bagi projek sambungan baru sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang pakej B (LRT-B) yang bernilai RM1.7 bilion, akan diumumkan akhir bulan ini atau awal bulan depan. Sumber industri berkata, difahamkan Syarikat Prasarana Negara Bhd, iaitu pemilik projek itu sudah menyenarai pendek empat syarikat yang berkelayakan yang akan dipilih menjadi kontraktor utama melaksanakan pembinaan laluan sepanjang 18.1 kilometer itu.“Selepas tiga bulan membuat penilaian sejak tender LRT-B ditutup Mac lalu, Prasarana sudah menyenarai pendek empat syarikat.
“Pengumuman syarikat yang dipilih akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini, mungkin akhir bulan ini atau awal bulan depan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam. Menerusi pakej LRT-B, sambungan baru LRT Kelana Jaya akan merangkumi jarak 7.8 kilometer dan membabitkan enam stesen, dari Summit di USJ ke Putra Heights. Laluan LRT Ampang pula merentangi 10.3 kilometer dengan lapan stesen dan ia akan menghubungkan Kinrara di Puchong sehingga Putra Heights. Kerja sivil bagi laluan Kelana Jaya dianggarkan bernilai kira-kira RM700 juta, manakala laluan Ampang pula antara RM800 juta hingga RM1 bilion. Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama empat syarikat yang sudah disenarai pendek oleh Prasarana itu.

Bagaimanapun, Penganalisis OSK Research, Jeremy Goh, menjangkakan empat syarikat yang disenarai pendek itu berkemungkinan besar ialah TRC Synergy Bhd, Sunway Holdings Bhd, syarikat kerjasama antara Bina Puri dan MRCB,dan WCT Bhd. Katanya, daripada empat syarikat itu, TRC Synergy berkemungkinan muncul pilihan utama bersandarkan kepada kelebihannya yang menjadi satu daripada kontraktor utama projek sambungan baru LRT pakej A (LRT-A). “Kami melihat jika TRC Synergy memenangi tender pakej LRT-B, ia akan mewujudkan integrasi pelaksanaan lebih baik dan ini adalah faktor utama yang diambil kira Prasarana dalam menganugerahkan projek itu,” katanya.
Bagi Sunway pula, Goh berkata, syarikat itu berkedudukan terbaik untuk meraih projek LRT-B kerana memiliki kepakaran teknologi dan jentera yang mencukupi. “Syarikat itu juga mempunyai rekod dalam membina sistem monorel di kawasan Sunway,” jelasnya sambil menambah Sunway dikatakan menyerahkan bidaan harga terendah bagi pakej LRT-B itu,” katanya. Goh berkata, pakatan syarikat Bina Puri dan MRCB yang berpengalaman dalam kerja pembinaan laluan LRT pula dilihat mampu memenangi kerja bagi sambungan laluan Ampang menerusi pakej LRT-B.
Bina Puri sudah memenangi projek sambungan laluan Ampang menerusi pakej LRT-A, manakala MRCB pula berpengalaman melaksanakan laluan LRT di sekitar kawasan KL Sentral. “WCT pula kerana kelebihannya dalam menawarkan bidaan kompetitif dalam sistem tender terbuka ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment