Hantar Iklan Produk / Bisnes / Blog Anda Dengan Mudah & Percuma Tanpa Perlu Daftar di: http://iklan-free-percuma.blogspot.com/

8 Tips Penting dalam Memilih Pelaburan Hartanah



Lokasi

Lokasi akan menentukan harga, risiko dan pulangan. Antara kawasan strategik bagi pelaburan hartanah adalah di kawasan yang berdekatan dengan kawasan industri serta kawasan yang mempunyai institusi pengajian tinggi seperti universiti atau kolej universiti. Sebuah rumah kos sederhana atau murah akan lebih menjadi rebutan berbanding rumah kos tinggi, kerana semestinya individu yang ingin menyewa rumah terbabit juga mahu menyimpan sedikit untuk masa depan mereka.

Perhubungan serta Keselesaan
Hartanah yang mempunyai nilai yang tinggi adalah yang berada di kawasan kejiranan, mempunyai akses terhadap sekolah, mempunyai kompleks beli belah atau pun kedai-kedai yang menjual keperluan harian, berdekatan dengan tempat kerja dan tempat rekreasi serta jaringan sistem pengangkutan awam yang baik. Kajian di Singapura menunjukkan bahawa hartanah yang terletak berdekatan dengan Stesen MRT/LRT mempunyai pasaran serta harga yang tinggi. Jadi, jangan abaikan aspek pengangkutan dan perhubungan jika anda mahukan pulangan pelaburan hartanah yang baik !


Falsafah Pemaju
Adakah pemaju mempunyai rekod dalam menghasilkan produk berkualiti ? Jika mereka sedang menjalankan projek baru dan anda berminat dengan projek tersebut, lakukan sedikit kerja kajian mengenai projek-projek mereka yang lalu. Jangan terpengaruh dengan nama besar. Kerap kali terjadi projek besar dengan nama syarikat yang besar menghasilkan produk yang boleh dikategorikan sebagai projek kangkung. Jadi kata kunci di sini adalah: lakukan sedikit kajian. Cari pemaju yang berkaliber dan menepati masa dalam menyiapkan projek.


Pengurusan
Apa tahap pengawasan yang akan disediakan oleh pihak pengurusan pembangunan? Jika rumah yang anda beli merupakan rumah kondominium, atau di apartment, adakah pihak pemaju sentiasa mengawal selia kawasan terbabit. Sebelum anda beli, tanya atau dapatkan sedikit maklumat berkaitan rumah tersebut dengan jiran tetangga (jika hartanah tersebut telah lama dibina).


Prospek Masa Depan
Jika anda mendapatkan hartanah sebagai pelaburan untuk masa depan, sekurang-kurangnya anda perlu tahu berapakah jumlah keuntungan yang boleh diberikan oleh hartanah ini kepada anda dalam tempoh tertentu. Jadi, anda perlu selalu membuat kajian tentang kadar sewaan yang menguntungkan, setidak-tidaknya mampu untuk dibuat bayaran balik bagi kos beli dan selenggara hartanah terbabit.


Praktikaliti, Rekaan serta Kegunaan
Ada pemaju yang mendirikan kediaman mewah, tetapi kediaman tersebut tidak mampu untuk menampung keperluan keluarga yang mempunyai ramai ahli, sebagai contoh ibu bapa dengan 5 orang anak kecil. Mereka kaya, manakal rumah tersebut juga berstatus mewah. Namun, atas dasar rumah yang ditawarkan itu tidak praktikal bagi keluarga mereka yang ramai, mereka tidak jadi untuk mendapatkan rumah terbabit. Jadi, selain daripada rekaan yang bagus, hartanah yang anda inginkan perlulah mempunyai praktikaliti serta kegunaannya yang tersendiri.


Perbandingan harga produk setanding
Jika anda mampu, cuba buat perbandingan untuk hartanah di kawasan tersebut pada masa lalu dari segi harga per meter persegi dan apresiasi modal. Dari sini, anda akan tahu adakah pelaburan hartanah yang anda lakukan berbaloi atau tidak.


Keselamatan
Jika anda mahu terlibat dalam pelaburan hartanah yang berbaloi, cari kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang rendah. Kadar janayah yang rendah dapat menimbulkan keselesaan serta ketenangan di kalangan penghuninya. Seterusnya meningkat nilai kawasan terbabit untuk pelaburan hartanah.

1 comment:

  1. Ciri-ciri yang tepat .tk

    http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html

    Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.

    http://www.bio-asli.com/?id=neorise
    www.bioasli.com/?id=neorise
    www.tvbioasli.com/?ref=neorise
    www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
    www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise

    ReplyDelete