Hantar Iklan Produk / Bisnes / Blog Anda Dengan Mudah & Percuma Tanpa Perlu Daftar di: http://iklan-free-percuma.blogspot.com/

SPRM Pantau Projek MRT Elak Amalan Rasuah

PUTRAJAYA: Sebuah syarikat asing yang membida untuk terlibat dalam projek pembinaan MY Rapid Transit (MRT) yang bernilai berbilion ringgit dijangka menjadi syarikat pertama perlaksanaan dasar membanteras rasuah di negara ini. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihati pemaju projek, MRT Corp, untuk tidak mempertimbangkan bidaan syarikat Perancis itu kerana ia masih lagi disiasat berhubung dakwaan rasuah. Cadangan itu merupakan sebahagian daripada pendekatan MACC untuk memantau projek mega bagi mencegah gejala rasuah terutamanya dalam proses pemerolehan. Suruhanjaya bebas itu mula memantau MRT Corp berhubung pelawaan syarikat itu.
Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata, selain memantau proses pemerolehan, mereka akan menawarkan khidmat nasihat dan latihan kepada MRT Corp, sub-kontraktor projek dan vendor. "Langkah tersebut juga untuk memastikan kerajaan tidak menanggung kerugian akibat pembaziran atau penipuan. "Tindakan MRT Corp yang menjadi pemaju projek mega pertama membenarkan SPRM untuk terlibat secara langsung dalam projek itu wajar dipuji," katanya selepas memeterai perjanjian Pakatan Integriti (IP) dengan pemajunya, MRT Corp. bagi menghalang berlakunya penyelewengan.
Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Azhar Abdul Hamid dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low. Sutinah berkata, SPRM mencadangkan MRT Corp supaya tidak mempertimbangkan bidaan dari mana-mana firma asing untuk terlibat dalam pembinaan projek itu. Jelasnya, tindakan itu kerana firma tersebut masih disiasat berhubung tuduhan rasuah.
Menurut laporan tahun lalu, Peguam Hakim Switzerland mengarahkan sebuah syarikat asing untuk membayar denda sebanyak 31 juta euro berhubung pertuduhan merasuah pegawai kerajaan di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Azhar berkata, MRT Corp menyambut baik cadangan itu dan akan merujuk kepada kerajaan untuk mendapatkan nasihat. "Pada asasnya kami akan merujuk kepada kerajaan kerana ia merupakan keputusan besar yang akan memberikan pelbagai kesan. Kami perlu melaksanakan projek ini dengan serius dan penuh tanggungjawab," katanya.

1 comment:

  1. Salam sdr,

    Saya telah menulis artikel mengenai MRT yang lebih menjurus kepada kejuruteraan dan geologi serta transportation engineering.

    Ianya bertajuk, "MRT : selesaikah masalah pengangkutan awam di Lembah Kelang ?". Mungkin ianya dapat menambah koleksi ilmu pengetahuan pembaca sekalian.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/mrt-selesaikah-masalah-pengangkutan.html


    ReplyDelete