Hantar Iklan Produk / Bisnes / Blog Anda Dengan Mudah & Percuma Tanpa Perlu Daftar di: http://iklan-free-percuma.blogspot.com/

Berita Harian 05/03/2012 : Kerja sambungan laluan LRT lancar

Kerja penyambungan laluan LRT berjalan lancar dan dijangka siap menjelang 2014, kata Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd, Datuk Shahril Mokhtar. Beliau berkata, projek berkenaan dengan unjuran kos pembinaan sebanyak RM7 bilion, sudah siap 30 peratus.
"Projek sambungan laluan tidak hanya akan meningkatkan pergerakan orang ramai di Lembah Klang tetapi juga dari segi keadaan ekonomi mereka," katanya kepada pemberita pada pelancaran projek sambungan laluan (LEP) di sini. Shahril berkata, LEP akan menyediakan pulangan yang menyeluruh untuk rakyat di semua peringkat dan mewujudkan tindak balas rangkaian terhadap peluang perniagaan. "Ia akan menjadi pemangkin untuk pembangunan ekonomi di sepanjang kawasan di stesen baru dan kawasan sekitarnya. 


"Peluang perniagaan dan pekerjaan baru akan diwujudkan. Nilai hartanah akan meningkat di kawasan sekitar laluan yang disambung di Kelana Jaya dan Ampang," katanya. LEP adalah satu daripada inisiatif utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Ia adalah usaha utama oleh kerajaan untuk mengubah perkhidmatan pengangkutan awam negara. 
Sebagai projek kepentingan negara dan untuk faedah rakyat, Shahril meminta kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutama penduduk yang terbabit dengan kerja pembinaan berkenaan. 

"Kami mensasar untuk mengurangkan ketidakselesaan ke paras minimum dan pada masa yang sesingkat mungkin, di samping pada masa yang sama menyiapkan projek ini dengan lancar, mematuhi dengan ketat kepada semua standard keselamatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan," katanya. Shahril berkata, apabila sambungan laluan LRT berkenaan siap, ia akan memudahkan 500,000 orang lagi dalam sehari daripada 300,000 orang sehari kini.

No comments:

Post a Comment